DEFINISI HOMEROOM

HOMEROOM ialah wadah yang sesuai untuk membincangkan masalah berkait dengan kehidupan pelajar di asrama seperti masalah akademik, masalah keluarga mahupun masalah peribadi. Walaupun pelajar ditempatkan di dalam kelas-kelas yang berlainan namun mereka tetap bersatu di bawah satu bumbung yang dinamakan HOMEROOM.

Disini pelajar akan dapat mengenali ahli HOMEROOM antara satu sama lain di bawah bimbingan seorang penasihat HOMEROOM yang turut berperanan mewujudkan hubungan yang lebih mesra antara pelajar dan masyarakat umumnya.

Suasana informal yang wujud semasa sesi pertemuan HOMEROOM secara tidak langsung akan dapat merapatkan ukhuwah antara ahli HOMEROOM dengan penasihat HOMEROOM.

Hubungan akrab dalam HOMEROOM akan memberi peluang kepada setiap ahli HOMEROOM untuk menyuarakan pendapat dan pandangan yang seterusnya akan mengeratkan hubungan antara ahli HOMEROOM.

         Dengan wujudnya hubungan yang akrab, perasaan syak wasangka dan prejudis antara ahli HOMEROOM dapat dikawal malah hubungan yang terjalin akan menjadi lebih rapat seperti sebuah entiti kekeluargaan. Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan penasihat HOMEROOM seakan ibubapa pelajar yang sebenarnya manakala para pelajar berasakan diri mereka mempunyai hubungan seperti ibu anak.  

 

 FUNGSI HOMEROOM 

1) MEMPEROLEH MAKLUMAT TENTANG PELAJAR.

2) MEMBANTU PELAJAR MENGENALI DIRI MASING-MASING.

3) MEMUPUK NILAI-NILAI YANG BAIK

4) MELATIH PELAJAR BERORGANISASI

5) MELIHAT PERKEMBANGAN PELAJAR SECARA BERTERUSAN